RPK dan RSM Motorsikal - Part 1

Untuk mengambil lesen motorsikal, seseorang individu itu haruslah mengambil peperiksaan dan ujian amali. Terus terang, ianya bukan proses yang mudah jika seseorang itu tidak mengambil perkara ini dengan serius. Jadi untuk memudahkan korang semua, saya akan menulis serba sedikit tips dan info berkenaan peperiksaan dan ujian amali ini.

1. Peperiksaan berkomputer
          Peperiksaan ni sebenarnya dah lama dah startnya. Cuma beza yang dulu dan yang sekarang adalah dulu atas kertas dan sekarang guna komputer. Mende alah ni adalah mende yang PALING WAJIB sekali untuk lulus. Sebab peperiksaan ni lah yang tentukan korang ni boleh ke tak bawak motor. Maksudnya, dalam peperiksaan ni dia ada beberapa jenis kategori seperti warna dan lain-lain. Dia nak tengok kalau-kalau korang ni buta warna. Selain tu, ada lagi beberapa jenis tapi aku tak ingat dah. 
          Tapi yang aku tahu, peperiksaan ni lah yang buat ramai orang sangkut. Kenapa sangkut... jawapan dia simple sebab malas membaca. Diaorang ingat, mende ni senang dan mudah diramal. PERHATIAN... paper bahasa malayu pun korang study, takkan mende ni korang tak study. Ambil la masa belek buku yang diberi tu. Memang tebal nak mampus, tapi pandai-pandai la korang ejas dan target soalan mana yang akan keluar. Setakat maksud signboard tu, sehari pun korang dah boleh hafal.
          Untuk makluman korang semua, korang boleh download app dekat play store yang berkenaan dengan test ni. Berlambak app tu... cuma atas korang je kedekut tak kedekut data telefon tu.

2. Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)/ Rutin Pemeriksaan Motorsikal (RSM)

Terdapat tujuh mende korang kena check diluar bahagian motor:
  1. Mula dengan check tayar depan dan belakang. Nak check tu biar dengan cara yang betul. Nak tahu posisi yang betul, korang boleh tanya sendiri dengan pengajar korang. Bukan apa, sebab bertanya juga boleh menjadi kredit buat korang. Lepas periksa satu tayar kau cakap "Tayar dalam keadaan baik dan bunga tayar masih dalam keadaan baik". Lepastu ulang lagi untuk tayar belakang pula. Bergantung pada motorsikal yang korang dapatlah, kalau angin takde ke, bunga haus ke... korang cerita kat pemeriksa tu. Yang penting kena jujur.
  2. Check cermin sisi belah kiri dan kanan. Korang buatlah sentuh-sentuh sikit bahagian belakang dan depan cermin tu. Lepastu cakap "Kedua-dua cermin sisi dalam keadaan baik".
  3. Lepastu kau check pulak lampu depan dan belakang. Macammana nak check tu, kena bukak ke? Tak payah, korang buat sentuh-sentuh manja je dekat penutup lampu tu. Lepastu cakap "Lampu depan dan belakang dalam keadaan yang baik".
  4. Check pula lampu isyarat kiri dan kanan di bahagian depan dan belakang. Cara dia sama je macam kau sentuh-sentuh manja gitu. Lepastu cakap "Lampu isyarat kiri dan kanan di bahagian hadapan dan belakang dalam keadaan yang baik". Tujuan pemeriksaan lampu ni untuk pastikan cover dia ada retak atau ada tanda-tanda mentol terbakar ke tak.
  5. Seterusnya kau kena check pula nombor plat kenderaan di bahagian depan dan belakang. Ada tak hilang satu huruf ke apa ke. Kalau ok, kau cakap "Nombor plat dalam keadaan baik dan nombor plat motosikal ini adalah AAA 1111". Cakap tu biarlah jelas didengar bukan cakap macam dalam kelambu.
  6. Lepas tu, beralih pula dengan periksa minyak enjin. Mende ni kena kuat sikitlah tangan tu, sebab kalau dapat motor yang bodybuilder guna, mahu tercirit nak buka penutup tu. Lepas buka tu, kau tengok dulu minyak ada dekat paras mana. Kalau ok kau bagitahu "Minyak enjin berada di paras yang mencukupi/baik".
  7. Last sekali untuk check luaran adalah periksa rantai. Nak check dia bukan dengan kau sapu tangan kau dekat rantai tu. Cara dia, kau sentuh rantai tu untuk check tegang atau kendur dan ada minyak tak kat rantai tu. Kalau ok kau bagitahu "Rantai dalam keadaan baik dan tidak longgar".
Empat mende lagi korang kena check di bahagian dalam motor pula :
  1. Periksa petrol dan penutup petrol. Cara dia, kau buka penutup tu dan belek-belek sikit penutup tu ada rosak tak. Lepastu check minyak berada di paras mana. Lepastu kau cakap "Petrol berada di paras yang mencukupi dan penutup petrol dalam keadaan yang baik".
  2. Lepastu kau check dokumen motosikal iaitu road tax. Kalau ada kau bagitahu "Lesen kenderaan motosikal ini sah dan tarikh tamatnya pada .........".
  3. Seterusnya kau periksa bateri pulak. Tengok-tengok sikit ada tak wayar putus ke apa ke. Kalau ok kau cakap "Bateri dalam keadaan yang baik".
  4. Akhir sekali kau periksa perkakasan yang ada pada motor tu. Tengok sikit ok ke tak. Kalau dia tanya fungsi setiap alatan tu, kau kena jawab dengan betul. So kena study sikitlah takut-takut dapat pemeriksa yang suka bertanya. 
So untuk RPK dah settle. Tinggal RSM je lagi. Nanti aku update ye... sebab kalau mende ni panjang bejeler pun bukan korang baca sampai habis pun. Tunggu ye!!!

Comments

Post a Comment